Monday 2 May 2011

Jambori Jasin 2011 bersama Team Sepeda Dumai Indonesia

Seramai 38 team MTB Sepeda Dumai Indonesia bersama team Pgexpress akan menyertai Jambori Jasin 2011 yang akan diadakan pada 29 Mei 2011.  Ini merupakan lawatan balas yang telah diadakan oleh team pgexpress ke Riau  pada bln July 2010

Aturcara program:

Sabtu (28/5/2011)    -  12.00pm   -   Ketibaan MTB Sepeda Dumai di Pelabuhan melaka
                                      1.00pm   -   Peserta dibawa ke kampung Pasir Gembor menaiki 
                                                         kenderaan ahli-ahli pgexpress
                                                         dan dijangka menginap di Al Khawarizmy Tanjung Bidara
                                     8.00pm    -   Majlis Makan Malam dan suaikenal bersama Team  
                                                        Sepeda Dumai di rumahTok Sidang ( Pak ON) bersama Ketua 
                                                        JKKK  Ust Azmi

Ahad (29/5/2011    -   5.00am      -  Persiapan dari tempat penginapan dan terus bertolak ke Stadium
                                                        Jasin menaiki Kenderaan Khas yang disediakan tuan rumah
                                   7.30am     -   Jambori Jasin bermula
                                   2.30pm     -   Tamat

Program Ramah Mesra Team Pg Express & Kelab ICT Shah Alam

Tarikh   :  14 - 15 Mei 2011
Tempat  :  Pasir Gembor Masjid Tanah Melaka
Aturcara:

         14/5/2011   -   2.00pm  - Majlis Penyerahan Keluarga Angkat
                                5.00pm  -  Perlawanan Futsal di Padang Sek.keb Tanjung Bidara
                                8.00pm  -  Makan malam dan majlis suaikenal

         15/5/2011   -  7.30am  -  Kayuhan Santai Bersama Team PgExpress - ICT Shah Alam
                                12.00pm - Makan Tengahari dan bersurai

* Semua ahli pg express diminta turut serta mengambil bahagian..sila berhubung dengan bro jef utk keterangan lanjut..tq

KAYUHAN PgExpress bersama Team Bomba Masjid Tanah

Tarikh  :  8 Mei 2011
Tempat : Balai Bomba Masjid Tanah - Kuala Sg Baru
Masa 8.00 pagi..

* Semua ahli pg express dijemput hadir dan diminta berhubung dengan bro jef utk maklumat lanjut

Tanau (Black Besau) diserang strok!

Salam,  maklumat yang diterima admin jumaat lepas,salah seorang tanau besau (Black besau-bashir)telah diserang strok dirumahnya ketika suboh. Keadaannya dilaporkan stabil dan sekarang masih berada di hospital melaka aras 3. Harap tanau-tanau & geng pg express dapat meluangkan masa melawat beliau serta memberi sokongan moral dan doa agar beliau sembuh seperti sediakala. Wasalam

Wednesday 27 April 2011

Keputusan Perlawanan Separuh Akhir Piala Tan Sri Rahim Tambychik

Pasir Gembor FC      vs       Mastanah FC
(       0               -                1      )

Ulasan Perlawanan:
           Seperti biasa, pasukan Pasir Gembor FC turun dengan semangat kesukanan dengan diiringi penyokong fanatik ( lagi teruk dari penyokong England).. kelihatan anggota polis berpakaian biasa meronda sana sini seolah-olah dah tau kalau team pasir gembor main mmg suasana panas.. Klau tak masakan pengadil-pengadil yang pernah mengadili perlawanan team pasir gembor akan komplen " ko orang  nak carut aku..aku tak kisah tapi tolong ler jangan carut mak bapak aku" he..he.
         Terdapat faktor utama yang dinyatakan oleh bro jef ketika laporan dihantar ke admin iaitu ketiadaan 4 pemain utama dan hasil maklumat yg diperolehi sebab-sebab ketiadaan 4 player nie adalah seperti berikut:

1.  Lionel Meppi  -  terpaksa bawa ibu ke hospital besar Barcelona ada appoinment dengan doktor pakar kulit
2.  Ronaldo de Capri - terpaksa menghadiri mesyuarat PIBG anaknya yang sulong sbb org rumah nya keje syif
3. Rooney bee choong - bapak dia suruh jaga kedai ler hari cuti customer ramai ler
4. Inesta - masih belum pulih dari masalah buasir..masih berdarah ler

Namun begitu.. semangat juang ahli yang lain masih membara dan berjuang sehingga titisana peluh yang terakhir.. Cuba lagi tahun depan..


Thursday 21 April 2011

Perlawanan Bola Sepak Piala Tan Sri Rahim Tambichik

Pasir Gembor FC akan bertemu perimgkat Separuh Akhir  menentang  Mastanah FC pada:
 Tarikh  :  23 April 2011
Tempat  :Padang Bola Taman Rekreasi Bukit Beringin Masjid Tanah
Masa  : 5.00pm
Hadiah  : RM3,000.00

Semua tanau besau,sedang,kechik,junior, superjunior dijemput hadir.. minta kawal disiplin.. Paling penting jangan carut pengadil..